Idris Buang gesa S’wak lancar skim mudahkan generasi muda miliki rumah

KUCHING: Harga rumah yang sangat mahal dengan kebanyakan golongan muda baru bekerja dan gaji kecil tidak memudahkan generasi muda memohon membeli rumah pertama mereka.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang menggesa Kerajaan Negeri mewujudkan skim khas membolehkan generasi muda memiliki rumah idaman.

Berucap pada sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-18 di Petra Jaya pada Rabu, Idris turut meminta kerajaan mengkaji bekalan air bersih khususnya di luar bandar.

Selain mengumpul data berkaitan masalah bekalan air menggunakan teknologi sedia ada, Idris berharap kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Air.

Suruhanjaya ini diharap dapat menyelaras pengurusan air dengan berkesan demi menangani isu bekalan air di Sarawak khususnya di luar bandar. – Sarawakvoice