Hubungan seks sama jenis: Pasangan  lelaki  disebat 85 kali di hadapan ramai di Indonesia

JAKARTA: Mahkamah Syariah Banda Aceh menjatuhkan hukuman  hukuman masing-masing 85 kali sebatan kepada dua orang lelaki yang mengadakan hubungan sesama jenis.

Hukuman itu bakal dilakukan di depan orang ramai sebelum Ramadan ini, kerana terbukti melakukan hubungan sesama jenis  dengan meliwat pasangan.

Kedua-dua terdakwa berusia 20  dan 23 tahun didapati melanggar Undang-undang Jenayah di Aceh.

Keputusan itu mengikut Okzone News dibacakan majlis hakim yang dipimpin Khairil Jamal itu lebih berat daripada tuntutan jaksa.

Sidang pembacaan vonis kes hubungan sesama jenis ini dilaksanakan Mahkamah Syariah pagi Rabu.

Ketua Majlis Hakim Khairil Jamal berkata, kedua-dua terdakwa terbukti dan sah melakukan perbuatan jarimah liwat yang dilarang dari segi agama dan undang-undang berkaitan.

“Dinyatakan bersalah melakukan jarimah liwat, menghukum di depan umum sebanyak 85 kali cambuk,” kata Khairil Jamal ketika membacakan hukuman di Mahkamah Syariah Banda Aceh, Rabu.

Setelah dibacakan hukuman oleh majlis hakim, seorang terdakwa sempat meminta hukuman diringankan.

“Ringankan hukuman ini pak,” katanya sambil menangis menutup wajah dengan kedua-dua telapak tangannya. – Sarawakvoice