SPR tentu tarikh PRK Pujut pada Jumaat ini — Pengerusi

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.74 Pujut hari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pemakluman itu berkaitan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya Dr. Ting Chiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri oleh DUN Sarawak.

“Sehubungan dengan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 19 Mei 2017 (Jumaat), jam 9.00 pagi bertempat di Ibu Pejabat SPR, di Putrajaya.

“Mesyuarat Khas itu akan membincangkan semua perkara berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.74 Pujut,” katanya lagi. – Sarawakvoice