PM hargai usaha media buat liputan cepat, tepat di China

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri merakamkan ucapan terima kasih kepada media yang membuat liputan lawatan beliau ke China, yang berakhir pada Isnin.

“Ramai tidak tahu cabaran media apabila membuat liputan. Mereka perlu berada jauh lebih awal di venue dan pulang lebih lewat daripada yang lain, berlari-lari sambil membawa peralatan yang berat. Semua untuk mendapat gambar yang cantik dan liputan berita yang cepat, yang tepat.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua petugas media yang terlibat dalam membuat liputan untuk lawatan ke China kali ini,” katanya dalam entri Facebooknya.

Najib turut memuat naik gambar bersama wakil media yang membuat liputan sepanjang lawatan kerja lima hari beliau ke negara itu.

Kunjungan Najib ke China, kali ketujuh sejak 2009, adalah atas jemputan pemimpin tertinggi China untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa yang berlangsung selama dua hari bermula semalam. Bernama