Pegawai dan kakitangan Persekutuan yang lahir di Sabah, Labuan dan Sarawak dapat cuti Gawai dan Pesta Kaamatan

PUTRAJAYA: Pegawai dan kakitangan Persekutuan kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia, dibenarkan mengambil cuti tanpa rekod selama sehari untuk menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai masing-masing berkuat kuasa tahun ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah bersetuju dengan cuti tersebut seiring dengan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam dan 1Malaysia.

“Adalah diharapkan cuti tersebut dapat memberi ruang kepada pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia untuk meraikan sambutan tersebut bersama-sama dengan keluarga, khususnya dan warga Sabah dan Sarawak amnya,” kata kenyataan itu lagi. – Sarawakvoice

YAB Perdana Menteri Najib Razak selamat pulang ke tanah air selepas lawatan kerja beliau di negara China, petang tadi.