Najib pulang bawa kejayaan besar untuk Malaysia

BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas meraih pelbagai peluang pelaburan dalam bidang infrastruktur untuk memajukan negara.

Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di China bagi lawatan kerja lima hari ini untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Ekonomi pada 14 dan 15 Mei.

Sebelum tiba di Beijing pada 12 Mei, Najib singgah di Bandaraya Hangzhou di timur China untuk membuat lawatan ringkas ke ibu pejabat Alibaba Group, syarikat e-dagang terbesar China yang diasaskan oleh Jack Ma.

Syabas juga kepada sekretariat delegasi Malaysia yang banyak membantu menjayakan lawatan saya kali ini tanpa mengenal penat lelah. I know all of you work around the clock, and despite that, you produced quality output and supported the delegation. Keep up the good work! – PM Najib

Di Beijing, perdana menteri mengadakan mesyuarat dua hala secara berasingan dengan Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang.

Najib juga menyaksikan majlis menandatangani sembilan perjanjian persefahaman antara syarikat Malaysia dan rakan niaga dari China yang melibatkan pelaburan dalam bidang infrastruktur bernilai kira-kira RM30 bilion.

Ini merupakan lawatan kali kesembilan Najib ke China sejak tahun 2009.