Ahok terima ancaman bunuh, dipindah ke penjara lain

JAKARTA: Seorang menteri kanan Indonesia berkata  antara sebab Basuki Tjahaja Purnama  atau Ahok dipindahkan dari Penjara Chipinang ialah ancaman bunuh terhadapnya.

Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Yasonna Laoly menjelaskan semalam, pemindahan Ahok ke Mako Brimob dilakukan atas cadangan beliau.

Kata menteri itu, keputusan itu dibuat berdasarkan maklumat risikan.

Selain itu,  Penjara Cipinang juga sudah memuatkan 3,733 orang tahanan.

Malah, ancaman itu, menurut Yasonna, sudah ada sebelum Ahok dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh majlis hakim Pengadilan Negeri Jakarta Utara.

“Ya ada ancaman saja, padahal sebelum dijatuhkan hukuman saja ada ancaman. Saya tunjukan videonya nanti kepada kamu,” ujar Yasonna kepada pemberita, Isnin.

Djarot Saiful Hidayat yang  kini menyandang tugas Ahok enggan memberi komen tentang perkara berkenaan.

Nggak tahu saya. Tanya Pak Yasonna,” kata Djarot semalam seperti dipetik media.

Ahok didapati bersalah oleh mahkamah baru-baru ini kerana menista agama Islam dalam ceramahnya ketika berkempen pada September lalu. – Sarawakvoice

Gambar fail