Mahu kahwin anak Datuk K, Izara Aishah diserang video tular seksi nampak…

PETALING JAYA: Ketika mengumumkan bakal berkahwin dengan anak Datuk K (Siti Nurhaliza) Adib Mohd Khalid tahun ini, artis Izara Aishah diserang penyebaran video berimej seksi menampakkan “bahagian tertentu”nya bermula sejak Sabtu lepas di WhatsApp.

Penyebaran tersebut menular ke laman sosial lain bertujuan memburukkan reputasinya.

Izara dalam kenyataannya pada pagi Selasa menjelaskan video itu sebenarnya rakaman pada acara lama pada sebuah acara fesyen.

Beliau menafikan, berpakaian sebegitu pada karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH3.0) Ahad lalu seperti diwar-warkan “musuh” Izara.

Izara berkata, bagi video lama itu, beliau sudah memohon maaf berhubung insiden itu dan berjanji berusaha berubah ke arah kebaikan dan tidak mengulangi kesilapan sama.

“Saya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf.

“Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan,” tulis Izara kesal di Facebook.

“Setelah itu, saya tidak ulanginya lagi. Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua… saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan,” rintih Izara.

Izara menukilkan, “Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi.

“Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul,” ujarnya dan berkata, dia  sudah pun memaafkan individu yang  mengaibkannya.

Rayu Izara, “Insya-Allah, satu hari anda akan memaafkan saya. Saya doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih ya. Ikhlas dari hati saya.” – Sarawakvoice