Haiwan laut misteri menggerunkan ditemui di Indonesia

MALUKU:   Penduduk tempatan di sini gempar  dengan penemuan bangkai seekor haiwan laut gergasi menyerupai sotong gergasi atau paus menggerunkan yang terdampar di pantai di Maluku.

Haiwan seberat 35 tan dan panjang 15 meter ditemukan warga di Desa Iha, Kecamatan Huamual, Kabupaten Seram Bagian Barat, Maluku.

Bangkai tersebut ditemukan oleh seorang warga bernama Asrul Tuanakotta, 37 tahun, di pesisir pantai Dusun Hulung pada Selasa.

Namun, lantaran pantai dalam keadaan gelap, Asrul menyangka bangkai itu perahu milik nelayan yang terparkir di pantai. 

Dikuasai rasa ingin tahu yang kuat, Asrul kembali mendatangi lokasi bagi memastikan apa yang dilihatnya.

Kemudian dia melapor kepada warga setempat mengenai adanya makhluk menyerupai  sotong  berukuran besar itu.

“Kami tidak dapat memastikan ini hewan apa, apakah paus atau sotong, tapi ada gadingnya,” kata seorang ketua kampung.

Asrul Tuanakota,37, orang pertama yang terserempak dengan haiwan gergasi yang tidak penuh misteri itu berkata dia pada mulanya menyangka ia  merupakan bot yang terkandas.

Haiwan itu dipercayai telah berada di  tempat berkenaan beberapa hari sebelum ditemui.

Sementara itu, Penyelaras Pengurusan Sumber Marin dan Pantai Indonesia, Nasrul Latulani berkata, sampel telah diambil dari tempat kejadian untuk ujian makmal.

“Taringnya berukuran empat meter ditemui pada bangkai dan menunjukkan ia berkemungkinan ialah rahang dari ikan paus,” katanya. – Sarawakvoice