Datu Alexander Maiyor kekal Presiden Persatuan Melanau selepas 45 tahun

MIRI: Persatuan Melanau Miri telah mengadakan mesyuarat agung tritahunan kali ketiga pada  Ahad di Wisma Persatuan Melanau Miri.

Seramai 137 orang ahli persatuan telah hadir.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Sri Muhammad Leo Michael Toyad merangkap Ahli Parlimen Mukah.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang selaku Penasihat Persatuan Melanau Miri.

Semua calon jawatan tertinggi telah menang tanpa bertanding termasuk jawatan Presiden.

Datuk  Alexander Maiyor kekal sebagai Presiden Persatuan Melanau Miri.

Beliau telah memegang jawatan tersebut selama 45 tahun. Beliau  menyatakan bahawa ini adalah penggal terakhir bagi beliau memegang jawatan Presiden.

Di Sarawak kesemuanya ada 11 buah cawangan Persatuan Melanau termasuk di Meludam,  Kapit dan Sarikei. Pada hujung tahun ini Persatuan Melanau Miri yang ditubuhkan pada 11 November 1965 akan merayakan ulang tahun ke-55 penubuhannya.

Pada mesyuarat tersebut juga diadakan penyampaian Bursary Award kepada 26 orang pelajar yang cemerlang dari kalangan anak-anak ahli persatuan.

Senarai penuh Exco dan Ahli Jawatankuasa bagi penggal 2017 hingga 2020 adalah seperti berikut:

Presiden: Dato Alexander Maiyor

Tim. Presiden: Cr. Abdullah Jaini

Naib Presiden I: Alexius Nayang Munan

Naib Presiden II: Haji Masni Amit

Setiausaha Kehormat: Poulcap@Polycap Anthony Kom

Pen. Setiausaha Kehormat: Margaret Lio

Bendahari Kehormat: Dr Charles Tera Jolly

Pen. Bendahari Kehormat: Alaister Maiyor

Ketua Wanita Selihah Hj Tarbi

Ketua Pemuda: Lukanisman Awg Sauni

AJK Eksekutif: Charles Vincent, Ishak  Baijuri, Priscilla Ubin, Spencer Hairin, Scolastica Supit, Aluwi Zaidan, Yayah Rosli. — Sarawakvoice