SK Saint Paul Roban wakili Bahagian Betong ke pertandingan choral speaking peringkat negeri

SARATOK: Sekolah Kebangsaan (SK) St.Paul Roban dinobatkan sebagai johan pertandingan Choral Speaking Peringkat Sekolah Rendah Bahagian Betong yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Min Syn di sini kelmarin.

Naib johan pertandingan tersebut telah dimenangi oleh pasukan SK. St. Peter yang mewakili Zon Saratok manakala tempat ketiga dimenangi oleh SK. Alit yang mewakili Zon Kabong.

Selain SK St. Paul yang mewakili Zon Roban dan muncul juara pertandingan itu turut disertai enam pasukan lain iaitu Zon Saratok, Zon Debak, Zon Pusa, Zon Betong,
Zon Kabong dan Zon Spaoh.

Bersama guru pembimbing dan guru besar

Kejayaan itu juga sekali gus membolehkan SK St. Paul yang dibimbing oleh Patricia George dan juga Majuni Tom akan mewakili Bahagian Betong ke pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan pada Julai nanti.

Menurut Guru Besar SK St.Paul, Genal Rijan kejayaan itu merupakan sejarah pertama buat sekolah dan sangat bermakna kerana ia merupakan penyertaan julung kali mereka ke pertandingan Choral Speaking.

“Kemenangan ini adalah hasil usaha anggota pasukan yang tidak jemu-jemu berlatih sejak beberapa minggu lalu,” katanya. – Sarawakvoice

Pasukan Choral Speaking SK St.Paul Roban