Lori simen terbalik di Julau namun pemandu bernasib baik

JULAU: Seorang lelaki berhadapan detik cemas apabila lori simen yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di Jalan Julau -Entabai, dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya dimaklumkan tentang insiden itu sekitar jam 11.50 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor.

“Pasukan tiba di lokasi dalam tempoh 41 minit dan mendapati kemalangan tersebut melibatkan seorang mangsa.

“Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh rakan sekerjanya sebelun dikejarkan ke hospital oleh pasukan paramedik.

Kata Ling Hii, identiti pemandu malang itu kemudian dikenal pasti sebagai Bakar Lukau dari Rumah Andrew Niruw, Jalan Ruyak Entabai.

“Tiada gerak kerja lanjut dijalankan kerana mangsa telah diselamatkan,” katanya lagi. – Sarawakvoice