“Isu itu tiada masalah” – Abang Jo

JOHOR BAHRU: Kerajaan Sarawak tidak ada masalah dengan isu ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon dipecat, meskipun DAP mendakwa ia bertentangan dengan keputusan mahkamah yang menolak petisyen pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, sebelum ini.

Ketua Menterinya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang menghadiri Majlis Pra-Gawai 2017 di tapak Pasar Borneo di sini, malam tadi turut dilihat ‘tersenyum lebar’ sewaktu pemberita mengajukan soalan terbabit.

“Isu itu tiada masalah,” katanya ringkas.

Jumaat lepas, usul bagi melucut kelayakan Tiong Choon sebagai ADUN Pujut diluluskan dalam persidangan hari Kedua Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Sarawak ke-18.

Usul itu yang disokong 70 ADUN dan 10 menentang, dikemukakan selepas Tiong Choon dikatakan mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia setelah lama bermastautin di sana.

Hari ini pula, Setiausaha Agung DAP Lim Gun Eng mendakwa DUN Sarawak menyalahgunakan kuasanya untuk melucut keanggotaan Tiong Choon.

Menurutnya, tindakan itu dilihat berbaur politik dan kes itu akan dibawa ke mahkamah. Bernama