Dua batang pen melekat, 36 tahun tersimpan di dalam dada Wang

JIANGSU: Semasa remaja ketika berusia 14 tahun, seorang lelaki China, Wang pernah menelan dua pena mata bulat selepas kalah dalam cabaran menentang kawannya.

Semenjak itu, Wang tidak pernah berasa sakit atau mendapati petanda pelik pada anggota badannya sehinggalah dia meningkat usia 50 tahun.

Sudah 36 tahun berlalu, peliknya Wang tidak mengingati peristiwa dia pernah menelan pen tersebut.

Itu pun sehingga doktor yang memeriksa kesihatannya memberitahunya, ada objek di dalam dadanya setelah dilihat melalui mesin imbasan sinar-x.

Okezone.com memetik Huffington Post melaporkan, Wang baru teringat peristiwa dia menelan pen tersebut selepas doktor memberitahunya.

Doktor di hospital Suzhou, wilayah Jiangsu membedah Wang bagi mengeluarkan dua batang pen tersebut pada 24 April lepas.

Menurut UPI pada Ahad, 14/5/2017, Wang mengaku, sepanjang lebih tiga dekad, dia tidak merasakan keanehan pada tubuhnya akibat menelan dua pen tersebut.

Wang kini dibenarkan pulang oleh doktor selepas dirawat.

Melalui foto selepas pembedahan, dua batang pen yang berjaya dikeluarkan itu saling melekat selepas dikeluarkan dari dalam dada Wang.

Akan tetapi tidak diketahui adakah pen berkenaan masih elok digunakan? – Sarawakvoice