Akhirnya adakah pelajar dibenar bawa hp, tablet ke sekolah?

JOHOR BAHRU: Lebih masa diperlukan mengkaji kesesuaian dasar membenarkan pelajar membawa gajet dan peranti elektronik ke sekolah sebelum keputusan dimuktamadkan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya mengkaji kebenaran pelajar membawa gajet seperti telefon bimbit, laptop, tablet dan sebagainya ke sekolah.

Mahdzir selepas merasmikan Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 di pekarangan Plaza Angsana pada Sabtu berkata keptusan berkaitan isu tersebut akan diumumkan kelak.

Kementerian Pendidikan sebelum ini, bercadang memperkenalkan polisi membenarkan pelajar membawa gajet dan poeranti elektronik ke sekolah sesuai dengan pembangunan teknologi semasa.

Peralatan tersebut didakwa mampu membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Dalam, kenyataannya Mahdzir turut menyentuh isu berkaitan sekolah tahfiz yang menurutnya, pihak kementeriannya hanya dapat memberi nasihat kepada sekolah terbabit apabila timbul sesuatu isu.

Menurut Mahdzir Kementerian Pendidikan tidak mempunyai kuasa memantau mana-mana sekolah tahfiz memandangkan bidang kuasa itu terletak di bawah Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Mahdzir berkata, “Kementerian Pendidikan hanya mengawal sepenuhnya sekolah awam di bawah kementerian.

“Bagi sesetengah yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Negeri, dia kena pergi merujuk kepada kerajaan negeri,” ujar beliau. – Sarawakvoice