Tiada bayaran tambahan untuk sambung elektrik rumah terjejas Projek Pan Borneo – Dr Abdul Rahman

KUCHING: Tiada bayaran tambahan, sebaliknya pemilik rumah yang terlibat dalam projek Lebuh Raya Pan Borneo akan menanggung sendiri proses penyambungan semula bekalan elektrik ke rumah baharu mereka.

Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, hal ini disebabkan oleh nilai pampasan yang dibayar oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak yang terlibat turut meliputi kos tersebut.

Menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Opar, Datuk Ranum Mina, Dr Abdul Rahman selain bekalan elektrik, pampasan turut melibatkan penyambungan bekalan air ke setiap rumah yang dibina baharu, selain pampasan nilai tanah, nilai rumah, kos gangguan dan perpindahan.

“Untuk tujuan penyambungan bekalan elektrik ini, Jabatan Tanah dan Survei telah memperuntukkan sejumlah RM5,500 untuk setiap rumah ‘single phase’ manakala untuk penyambungan rumah yang menggunakan elektrik ‘3 phase’, peruntukan RM12,500 diberikan.

Sebanyak 309 rumah di Dun Opar terlibat dalam proses perpindahan ini dengan nilai pampasan yang telah dibayar mencecah lebih RM73 juta. – Sarawakvoice