SPR tunggu pemakluman rasmi Asfia

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi memaklumkan bahawa pihaknya menunggu pemakluman rasmi oleh Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berhubung status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.74 Pujut, Dr. Ting Tiong Choon yang dilaporkan telah dilucutkan keanggotaannya daripada menjadi ADUN Sarawak.

Dalam satu kenyataan, Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya hanya mengetahui perkara ini menerusi laporan oleh pihak media massa.

Mohd Hashim Abdullah

“Sehubungan itu, SPR akan menunggu pemakluman rasmi oleh Speaker DUN Sarawak sebelum mengambil tindakan lanjut.

Keahlian Adun Pujut itu dilucutkan menerusi usul Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh yang kemudian membawa kepada proses pengundian, dengan 70 menyokong dan 10 menentang.

Ia berkait dengan laporan taraf kewarganegaraan Tiong Choon yang dipertikai kerana didakwa memiliki dua kerakyatan iaitu kerakyatan Malaysia dan Australia. – Sarawakvoice