Pas tetap bersama Pakatan Harapan di Selangor

SHAH ALAM: Meskipun  Majlis Syura Ulamak Pas  semalam menamatkan kerjasama dengan PKR, namun Pas Selangor mengekalkan khidmat tiga exconya dalam pentadbiran Kerajaan Selangor kerana ia merupakan mandat rakyat pada Pilihan raya umum ke-13 lalu.

“Bagaimanapun, demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat khasnya dalam PRU13, Pas Selangor akan kekal sebagai sebahagian komponan dalam kerajaan negeri Selangor sehinggalah tamat penggalnya nanti,” kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi.

Tiga exco berkenaan ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi.

Yang turut dikekalkan ialah  Zaidy Abdul Talib yang menyandang Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. – Sarawakvoice