Superhero The Flash bakal kahwini wanita Sabah

KUALA LUMPUR: Gosip terkini dunia hiburan tempatan melirik tajam pada Thomas Grant Gustin, penyanyi dan aktor kelahiran 1990 Norfolk, Virginia, Amerika Syarikat.

Pemain watak adiwira Barry Allen siri televisyen terkenal “The Flash” dan pemegang watak Sebastian Smythe dalam siri “Gleeini bakal berkahwin dengan gadis keturunan warga Malaysia.

Menurut Star Online yang memetik People.com, Gustin, 27, mengumumkan pertunangannya dengan gadis keturunan Kadazan dari Sabah bernama L Andrea Thoma.

Hebahan itu dimuat naik bersama foto di Instagram mereka di pantai hujung bulan lalu.

Gustin dan Thoma berpelukan di pantai sambil Thoma memakai cincin pertungangan dengan wajah terpancar kegirangan.

Thoma mewarisi darah kacukan Kadazan di sebelah ibunya.

Melalui Instagramnya, Thoma dilihat berpakaian tradisi Sabah, dipercayai diambil di kampung halaman ibunya di Kampung Kolopis, Penampang dekat Kota Kinabalu.

Bergambar di sisi ibu dan neneknya, Thoma menulis “tiga generasi wanita Majalap”.

Secara nakal Thoma menulis, “don’t mess with us, our ancestors are head hunters. #notkidding #kadazan #sabah #borneo.”

Grant Gustin sebagai Barry Allen superhero siri televisyen The Flash terbitan Warner Bros 2013 dengan mendapat tontonan hampir lima juta pada 2014, terbanyak bagi sebuah tayangan perdana di The CW dalam tempoh lima tahun.

Gustin menghidupkan The Flash adaptasi oleh Greg Berlanti, Andrew Kreisberg dan Geoff Johns berdasarkan DC Comics sehingga musim ketiga 2016, selain berlakon dalam siri “Supergirl”.

Anak kepada pasangan ahli pediatrik Dr. Tina Haney dan Tom Gustin ini bagaimanapun, kini bukan lagi Barry Allen, kerana watak manusia sepantas kilat itu, diambil alih oleh Ezra Miller, 22 untuk The Flash 2018 yang tampil dengan kostum serba baru. – Sarawakvoice