Senator menyusui bayinya semasa sidang parlimen berlangsung

SYDNEY: Adakah anda fikir, parlimen di Malaysia akan riuh sekiranya media dan mendapati ada ahli perlimen wanita menyusui bayinya di Parlimen?

Senator Australia Larissa Waters menjadi ahli politik pertama di negara tersebut yang menyusui bayinya di ruang sidang Parlimen.

BBC melaporkan Waters, dari parti sayap kiri Greens, menyusui Alia Joy, bayinya yang berusia dua bulan, sepanjang proses pungutan suara Selasa lepas.

Pada 2016, parlimen Australia bergabung dengan senat mengizinkan pemberian susu ibu di ruang sidang parlimen, namun tiada seorang pun anggota parlimen melakukannya.

Pada 2015 berlaku kontroversi apabila menteri Kelly O’Dwyer diminta mempertimbangkan menyediakan air susu untuk disimpan, agar beliau dapat mengikuti sidang parlimen.

Water menulis di Facabooknya, “kita memerlukan tempat kerja yang lebih ramah terhadap keluarga dengan aturan lebih flesikel.”

Senator Parti Buruh Katy Gallagher bercakap kepada Sky News Australia, “wanita telah melakukannya di semua parlimen di seluruh dunia.”

Beliau menambah, “bayi akan terus dilahirkan, dan jika ibunya ingin terus bekerja di pejabat sekali gus dapat mengurus bayinya… kita perlu meraikan hal itu.”

Pada 2016, anggota parlimen hanya dibenarkan membawa bayi mereka sehingga di ruang pejabat atau galeri umum sahaja.

Pada 2016, ahli parlimen Sepanyol Carolina Bescansa dari parti Podemos dikritik sekali gus dipuji kerana menyusukan bayinya di parlimen. – Sarawakvoice