Pas tamatkan kerjasama politik dengan PKR

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak Pas yang bersidang pada hari ini memutuskan bahawa hubungan politik tahaaluf siyasi atau kerjasama politik antara Pas dengan  Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah terbatal.

Setiausaha majlis itu, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata,  keputusan itu dibuat kerana PKR telah banyak melanggar  syarat tahaluf siyasi berkenaan.

Antara perlanggaran  yang disenariakan beliau  ialah PKR tidak menyokong, malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa Pas seperti RUU 355 yang dibentakgan oleh Presiden pas, Datuk Seri Abdul Hadi awing di Parlimen.

Selain itu, katanya, PKR juga melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan Pas dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej parti Islam itu.

“Khianat dalam hubungan politik dengan Pas antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang Pas dalam Pilihan raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya lagi menjadi sebab tindakan itu diambil.

Beliau berkata dalam satru kenyataan, sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat. – Sarawakvoice