Jalan raya Penuai-Salah Kechil di Bruit dibuka kepada pengguna

PULAU BRUIT: Ahli Parlimen Tanjung Manis, Datuk Hajah Norah Tun Abdul Rahman membuka rasmi jalan raya Pulau Bruit fasa pertama, Penuai-Salah Kechil pada majlis ringkas di Jambatan Betanak pada Rabu.

Projek jalan raya fasa pertama sepanjang 7,950 kilometer menelan kos RM15 juta mampu merancakkan pembangunan dan memberi kemudahan kepada lebih 6,000 penduduk di utara Pulau Bruit itu.

Memetik laporan Utusan Sarawak pada Khamis, Norah turut memaklumkan Kerajaan Persekutuan meluluskan RM29 juta bagi projek jalan raya fasa kedua Bruit merentasi Kampung Tekajong ke Salah Kechil.

Pembinaan jalan raya tersebut turut menyiapkan dua jambatan di Kampung Penuai dan Betanak.

Pada sesi Parlimen lepas, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan bagi penyiapan jalan raya di seluruh utara Pulau Bruit.

Dengan penyiapan projek fasa kedua seluruh kampung dan pelosok Pulau Bruit dapat dihubungkan sesama daerah dan dengan kawasan luar daerah. – Sarawakvoice