Sarawak kempunan lagi di Stadium Negeri

KUCHING: Skuad Ngap Sayot terus kempunan menang di tempat sendiri setelah diikat 1-1 oleh Selangor di Stadium Negeri malam tadi.

Mohd Rizal Fahmi muncul wira The Red Giant apabila membuat rembatan tepat, menewaskan pertahanan Sarawak yang gagal membuat kekangan.

Gol yang hadir seminit sebelum masa rehat itu menafikan peluang Sarawak untuk menang setelah mendahului sejak minit ke-33 menerusi Mateo Roskam.

Roskam memanfaatkan hantaran pemain muda Abdul Rahim Abdul Razak yang menggerakkan asakan dari sebelah kanan padang.

Kredit: Shoot Sampei Bisak Gol

Bermain dengan baik namun sentuhan penyudah yang gagal terus menghantui pasukan Sarawak.

Anak-anak buah P. Maniam pula berkubu kukuh dengan Ugochukwu Ukah berjaya mengawal ketat kelibat Abdul Rahim.

David berusaha memasukkan Mark Hartmann menggantikan Abdul Rahim pada minit ke-82, namun gagal mengubah rentak.

Kejayaan Selangor mencuri satu mata dalam aksi pertama pusingan kedua ini harus memberi kelegaan kepada Sarawak kerana mereka menguasai 52 peratus daripada aksi.

Malah beberapa cubaan penyerangnya pada malam ini terutama oleh Juliano Mineiro Fernandes dan Victor Stelian Astafei berjaya ditepis Mohd Shahril Sa’ari ataupun terkena palang. – Sarawakvoice