Azmin kata tak perlu bincang calon PM sebelum menang PRU-14

SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali faham akan maksud melihat burung terbang jangan dipipiskan lada.

Di sebalik tuntutan supaya pihak Pakatan Harapan mengumumkan calon Perdana Menteri menjelang pilihan raya umum akan datang,  Timbalan Presiden PKR  berkata tiada keutamaan untuk mengumumkan calon pakatan pembangkang untuk jawatan tersebut.

Azmin berkata, tunggu  sehingga selepas menang PRU barulah nama calon berkenaan diumumkan.

Bekas pemimpin Umno dan PKR yang kini bersama DAP, Datuk Zahid Ibrahim semalam mahu supaya pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpengalaman luas dilantik sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang.

Zahid yang juga bekas Menteri Undang-undang berkata, Mahathir yang memerintah Malaysia dari 1981 hingga 2003 mampu memenangi hati pengundi Melayu, termasuk peneroka Felda.

Terdapat 54 kerusi Parlimen di kawasan Felda.

“Siapa jadi perdana menteri kita tunggu menang dahululah. Menang pilihan raya umum terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di suatu majlis di Pusat Konvensyen Shah Alam, semalam.

“Setiap parti, setiap individu punyai daya tarikan masing-masing, ada kekuatan masing-masing. Bagi saya, kita tumpu dan garapkan semua kekuatan.”

Azmin berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Zaid yang mempertikaikan keengganan Pakatan Harapan menamakan calon perdana menteri mereka. – Sarawakvoice