Ahok didapati cetuskan kebencian, permusuhan, penghinaan agama

JAKARTA: Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok didakwa telah menyatakan perasaan permusuhan, kebencian, atau penghinaan terhadap suatu atau beberapa golongan rakyat Indonesia oleh jaksa penuntut umum (JPU).

Ketua Majlis Hakim Dwiarso Budi Santiarto, ketika membaca keputusan terhadap  Ahok di Pengadilan Negeri Jakarta Utara, Auditorium Kementerian Pertanian, Jakarta Selatan pagi semalam.

Setelah menimbang atas 117 macam barang bukti, menurut tempo.com, keterangan saksi pelapor, saksi ahli daripada pelapor dan terlapor, dan keterangan terdakwa, majlis hakim memutuskan Ahok terbukti bersalah.

Berbeza dengan pendapat JPU, Ahok dijerat dengan Perkara 156a tentang penodaan agama.

“Majlis hakim menilai terdakwa harus mempertanggungjawabkan perbuatannya dan harus dinyatakan bersalah” ujar salah seorang anggota majlis hakim, Selasa menurut tempo.com lagi.

Majlis hakim menolak pembelaan terhadap Ahok ataupun pasukan peguam pembela.

Menurut majlis hakim, pembelaan Ahok, yang  memetik ayat suci al-Quran tersebut kerana adanya ketidakadilan, justeru dibantah.

Berdasarkan fakta, majlis hakim menilai justeru terdakwa menimbulkan keresahan dan ketegangan kerana ceramahnya.

Pada September lalu, Ahok dalam kempen untuk mempertahankan jawatannya didakwa menista agama Islam.

Ahok, seorang pemimpin Kristian daripada kaum minoriti Cina  di negara 250 juta jiwa disifatkan pemerhati sebagai berani, tegas dan lantang.

Menurut majlis hakim, sebagai seorang gabenor, seharusnya terdakwa bersikap jujur, bersih, sopan, dan santun. 


“Kami menyatakan Basuki terbukti secara sah meyakinkan melakukan penodaan agama. Menjatuhkan penjara selama dua tahun. Semua barang bukti yang diajukan penasihat hukum dilampirkan, dan membayar Rp 5,000,” ujar Dwiarso.

Pembacaan keputusan penghakiman Ahok diketuai Dwiarso Budi Santiarto dan dibantu hakim Jupriyadi, Abdul Rosyad, Didik Wuryanto, dan I Wayan Wirjana.

Kes Ahok tercetus daripada video ceramahnya di Kepulauan Seribu pada September tahun lalu yang tersebar di dunia maya.

Potongan video berdurasi 13 detik itu kemudian diperdebatkan di alam maya.

Beribu-ribu anggota polis ditempatkan di sini hari ini bagi menyekat sebarang kemungkinan susulan keputusan akhir membabitkan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama.

Kumpulan yang menyokong Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok dan kumpulan Islam yang menuntut beliau dipecat dan dipenjarakan, atas dakwaan menghina Al-Quran dikhuatiri bertembung dan bergaduh susulan keputusan mahkamah hari ini.

Kekalahannya Mac lalu menurut pengamat politik turut berpunca daripada kes mahkamah berkenaan, selain wataknya yang dianggap keras dan tegas. – Sarawakvoice