Wee: Lebih mudah jika UPP sertai SUPP

KUCHING: Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee berkata, adalah lebih mudah penggabungan dilakukan jika United People’s Party (UPP) menyertai  SUPP.

Wee dalam satu kenyataan berkata,  hal ini demikian kerana SUPP sudah menjadi anggota Barisan Nasional (BN), sehingga menjadikan proses berkenaan tidak begitu rumit jika UPP mahu kembali ke pangkuan SUPP.

Datuk Richard Wee

Beliau  berharap kedua-dua parti terbabit dapat mengetepikan perbezaan masing-masing bagi memberi peluang kepada masyarakat Cina.

Wee berkata, beliau telah merayu pemimpin SUPP dan UPP agar melupai apa-apa yang telah terjadi pada masa lepas, sebaliknya menumpukan perhatian ke masa depan.

Persoalan kini timbul sekali lagi tentang sama ada UPP akan diberi peluang untuk bertanding dalam PRU atau BN akan menampilkan calon langsung seperti yang dilakukan pada pilihan raya negeri lalu.

Isu ini disifatkan penganalisis politik sebagai duri dalam daging dalam BN Sarawak.

Presiden UPP, Datuk Seri Wong Soon Koh masih dilantik sebagai menteri dalam rombakan Kabinet oleh Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari, Ahad lalu. – Sarawakvoice