Lagi mangsa lemas di Kampung Paloh

SIBU: Seorang lelaki ditemui mati lemas setelah terjatuh ke dalam sungai di Kampung Paloh, Belawai.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya dimaklumkan tentang insiden ini sekitar jam 1.06 petang semalam.

“Sebuah jentera dengan kekuatan sebuah Pajero dan sebuah bot kevler diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah.

“Difahamkan mangsa telah terjatuh dari bot nelayan dan gagal diselamatkan.

Kata Ling Hii lagi, sekitar jam 4.20 petang semalam, mayat mangsa berjaya ditemui orang awam yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa ditemui pada jarak lebih kurang 600 meter dari lokasi mangsa jatuh ke Batang Paloh.

“Pasukan kita kemudian telah membawa mangsa ke jeti Kampung Paloh dengan menggunakan bot kevler Bomba sebelum menyerahkan kepada pihak polis sekitar jam 7.34 malam.

Identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Khairul Asrie Mustafa, 32 tahun. – Sarawakvoice