Jangan culas ketika jalankan tugas parti, kata pemimpin Pas

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan menyeru  pemimpin parti  Islam itu agar tidak ada yang culas sewaktu melaksanakan tugas parti.

“Jangan culas dan bersikap sambil lewa serta laksanakan tugas dengan gigih dan teliti, tunaikan tuntutan kepimpinan itu dengan penuh dedikasi.

“Jangan curi tulang dan juga tidak ‘membuang sampah’ merata-rata di laman perjuangan Islam ini,” katanya.

Dalam Islam, ujarnya dalam satu kenyataan, kepemimpinan merupakan satu tanggungjawab berat yang digalas oleh seseorang pemimpin.

“Kepimpinan adalah tanggunjawab (taklif) maka ia bukan satu kebanggaan dan kemuliaan (Tasyrif),” katanya lagi – Sarawakvoice