Dua sang bedal tumpas di Saratok

Swat pasang 15 umpan untuk jerat Bujang Krian

SARATOK: Dua ekor buaya tumpas dalam tempoh 72 jam selepas operasi penakaian buaya dilancarkan di Sungai Krian dekat sini pada 4 Mei lalu.

Jurucakap Sarawak Forestry Corporation (SFC) berkata, operasi yang dilaksanakan oleh Tim Tindak Cepat Hidupan Liar (SWAT) SFC ini berjaya menjerut buaya yang masing-masing berukuran 3.4 meter dan 3 meter panjang menerusi 13 perangkap mata kail yang dipasang di kawasan sepanjang 5 kilometer di sungai tersebut.

Seekor buaya betina telah memakan salah satu umpan pada jam.9.30 pagi Sabtu lalu manakala buaya kedua, seekor buaya jantan telah memakan umpan pada jam 8.30 pagi semalam.

Buaya pertama telah ditakai di perairan Sungai Kerangan (anak Sungai Krian) — sekitar 300 meter dari kawasan serangan terakhir buaya di kawasan itu, yang telah dilaporkan.

Buaya kedua pula ditakai kira-kira 200 meter dari jambatan Sungai Krian.

Operasi di Saratok ini akan diteruskan sehingga Rabu depan dan kerja-kerja akan tertumpu di kawasan-kawasan seperti sekolah dan rumah panjang. – Sarawakvoice