PBB, BN Sarawak sedia hadapi PRU14

KUCHING: Meskipun tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) belum dimaklumkan, namun Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia menghadapinya.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yakin dengan dasar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sekarang,  kepercayaan rakyat kepada BN semakin meningkat.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan pejabat baharu Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok pada Khamis Abang Johari berkata paling penting ialah kestabilan politik dan dasar sedia ada memberi faedah kepada rakyat serta membawa pembangunan jangka panjang.

Bagi Abang Johari banyak dasar beliau umumkan sempena 100 hari dilantik sebagai Ketua Menteri yang dilaksanakan bagi tempoh jangka panjang sekitar tiga tahun.

Abang Johari yang juga Presiden PBB dan Menteri Perumahan dan Urbanisasi berkata, pasukan jenteranya sentiasa sedia menghadapi PRU14 dan turut mengemukakan muka baharu.

Pada PRU14 Sarawak hanya menyertai pemilihan bagi kerusi Parlimen.

Pada PRU13 yang berlangsung 2013, BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi pertandingkan. – Sarawakvoice