Bot penduduk bawa air bantuan ke Paloh Kabong karam, seorang masih hilang

KABONG: Bot penduduk yang membawa air minuman bantuan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) karam dipukul gelombang di muara sungai Krian di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ekoran daripada tragedi itu seorang lelaki , Madahan Awi,32 tahun masih hilang dan belum ditemui setakat ini.

Seorang penduduk, Abang Adenan yang dihubungi dilokasi memberitahu usaha mencari kini sedang dilakukan oleh penduduk kampung.

Pihak penduduk kampung turut menghubungi polis dan bomba untuk bantuan mencari.

Menurut maklumat awal, bot yang sarat dengan muatan air minuman telah dibadai ombak menyebabkan ia karam bersama tidak kurang daripada 10 orang turut berada di dalamnya.

Berita lanjut tragedi ini akan disiarkan dari semasa ke semasa. – Sarawakvoice