Mahathir naik basikal tarik perhatian orang ramai

KUALA LUMPUR: Bukan sahaja kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik perhatian dan menjadi berita, tetapi juga gelagat dan tindak-tanduknya.

Terbaharu,  tindakan mantan Perdana Menteri menaiki basikal menarik perhatian ramai.

Menurut Mahathir yang kini Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia, aktiviti berbasikal sering dilakukannya pada waktu senggangnya dan bukan dibuat hanya pada masa tertentu.

“Saya selalu berbasikal. Bukan sahaja pada masa ‘tertentu’. Walaupun saya masih ‘muda’, bila saya berbasikal tak ada kesesakan lalu lintas,” kata Mahathir seperti yang dipetik menerusi Twitternya. – Sarawakvoice