Filem Indonesia, Filipina bersaing filem terbaik Asean Aiffa 2017

KUCHING: Dua filem Indonesia, Solo Solitude dan Ziarah serta dua filem Filipina, Laut dan Imbisibol bakal berentap dengan sebuah lagi filem, The Way Station dari Vietnam untuk merebut filem terbaik Festival Filem Antarabangsa Asean (Aiffa) 2017.

Pengumuman dilakukan malam tadi di Panggung Udara di sini setelah proses penjurian dilakukan, dengan diketuai pengarah tersohor Malaysia, Uwei Haji Shaari.

Kelima-lima filem yang sama turut dicalonkan untuk Lakon Layar Terbaik mankala pengarah empat daripadanya bakal bersaing untuk Pengarah Filem terbaik.

Mereka ialah Lawrence Fajardo untuk filem Imbisibol (Invisible), Pham Thi Hong Anh (The Way Station), BW Purba Negara (Ziarah), Yulia Evina Bhara ( Solo Solitude) pengarah filem Area, Lusito Ignacio dari Filipina.

Untuk suntingan terbaik, calon akhir ialah Dearest Sister (Laos), Solo Solitude  (Indonesia), The Way Station (Vietnam) Imbisibol (Invisible) (Filipina) dan Area (Filipina).

Filem dari Malaysia, Interchange pula dicalonkan untuk kategori pengarah fotografi terbaik, bersama-sama The Way Station (Vietnam), Emma (Indonesia), Purgatoryo (Filipina) dan Imbisibol (Invisible) (Filipina).

Kategori Pelakon Lelaki Terbaik pula menampilkan calon dari filem Jagat, Harvin Raj (Malaysia) Gunawan Maryanto (Solo Solitude, Indonesia) Slamet Ambari (Turah, Indonesia ), Allen Dizon (Area, Filipina) dan Pha Hong Phuoc (The Way Station, Vietnam).

Calon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula tampil dari filem Jagat, Kuben Mahadevan (Malaysia), Rembol Roco ( Pauwi Na, Filipina), Arman (Emma, Indonesia), Ricky Davao (Dogantion, Filipina) dan Bernando Bernando (Imbisibol, Filipina).

Pelakon Wanita Terbaik menampilkan calon Ngoc Thianh Tam (The Way Station, Vietnam), Subenja Pongkorn (Bangkok Nites, Laos), Delas Allas (Area, Filipina), Ponco Sutiyem (Ziarah, Indonesia) dan Cut Mini Theo (Emma, Indonesia).

Tiga pelakon Filipina bersaing untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik iaitu Sue Prado (Area), Cherry Pie Picache (Pauwi Na) dan Ana Capri (Laut). Turut tersenarai, Ngoc Hiep (The Way Station, Vietnam) dan Sharifah Sakinah (Pekak,
Malaysia).

Pengumuman pemenang akan dilakukan pada Malam Gala Aiffa 2017 di Hotel Pullman Kuching pada malam esok. – Sarawakvoice

The Way Station