Bakal Presiden Korea Selatan di muka depan majalah Time?

KUALA LUMPUR: Muncul di muka hadapan majalah berita antarabangsa Time membawa makna mendalam dari segi politik.

Adakah itu membayangkan tokoh berkenaan akan menjadi Presiden?

Setidak-tidaknya inilah yang dijangka berlaku di Korea Selatan apabila Moon Jae-in muncul di kulit depan majalah itu menjelang pilihan raya pemilihan presiden pada 9 Mei.

Empat tahun lalu, Park Guen-hye yang diberi gelaran Stongman’s Daughter turut ditampilkan di muka depan, dan beliau kemudiannya menjadi Presiden. Namun kini Guen-hye meringkuk dalam penjara di sini.

Adakah Time begitu yakin bahawa Moon akan menang dalam pemilihan, dan seterusnya menjadi Presiden Korea Selatan?

Moon memberitahu Time bahawa impiannya adalah untuk merapatkan Korea Utara dan Korea Selatan selepas tujuh dasawarsa.

“Korea Utara dan Korea Selatan merupakan orang yang sama mengongsikan satu bahasa dan satu budaya sekitar 5,000 tahun,” beliau dipetik sebagai berkata. “Akhirnya kita perlu bersatu,” ujarnya.

“Adakah majalah Time membuat pilihan yang tepat kali ini,” kata Korea Time hari ini.

Dengan pilihan raya tinggal empat hari lagi, Moon difahamkan mendahului jejak pendapat di sini. – Sarawakvoice