NGO pendesak isu untuk kebaikan rakyat

KUCHING: Terbukti dalam sejarah dunia seperti di barat peranan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dalam memperjuangkan isu seperti membela hak kemanusiaan, perhambaan dan sebagainya.

NGO sebagai kumpulan yang mampu mempengaruhi dasar awam dapat bertindak sebagai kumpulan pendesak dapat memainkan peranan membantu kerajaan memantapkan polisi atau undang-undang demi kebaikan masyarakat.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga, Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, NGO berfungsi menjadi kumpulan pendesak memperbaiki polisi atau undang-undang sedia ada yang dirasakan tidak relevan dilaksanakan.

Bercakap merasmikan Simposium Striking the Balance of Development Through NGO’s pada Rabu, Hasidah berkata banyak isu dapat disentuh oleh NGO seperti menyuarakan isu hak asasi manusia, alam sekitar, penderaan haiwan dan sebagainya.

Hasidah berkata, penganjuran simposium berkenaan memberi peluang kepada semua NGO terlibat mengetahui peranan mereka dalam menyuarakan isu tertentu.

Bagi Hasidah, NGO harus berintegriti kerana tanpa keyakinan masyarakat, sukar bagi mereka bergerak efektif. – Sarawakvoice