Mahathir: Yang komen buruk tentang saya, saya maafkan

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang muncul sebagai pengkritik tegar kepemimpinan negara sedar bahawa beliau turut banyak dikritik pedas melalui media sosial di sebalik pujian sesetengah pihak terhadap beliau.

Namun, beliau berbesar hati dan bersedia memaafkan golongan pengkritik itu.

Mahathir sempat membaca pandangan dan kritikan pengguna media sosial terhadapnya.

Foto Facebook Dr Mahathir

Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu, beliau tidak ambil hati meskipun banyak menerima komen dan sindiran pedas daripada netizen.

“Dalam orang kata saya ‘menyibuk’ hal negara, sempat lagi saya belek-belek komen saudara saudari, anak-anak Malaysia.

“Terima kasih, kurangnya saya tahu (yang beri kritikan) bukan akaun palsu ataupun komen #RespectMyPM semata,” katanya menerusi posting di Facebooknya.

“Yang mana mengata komen buruk-buruk, saya maafkan,” katanya.

Mahathir yang menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003, kini muncul pengkritik tegar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meskipun selama 22 pemerintahannya, kepemimpinan beliau turut dibelit pelbagai kontroversi.

Malah, beliau dilabel sebagai pemimpin kuku besi. – Sarawakvoice