Ikan paus terdampar di Bakam, Miri

MIRI: Seekor ikan paus, yang panjangnya kira-kira 9.14 meter dan dianggarkan seberat 1.5 tan, dijumpai terdampar di pantai Kuala Sungai Siwak, Baram awal hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 7.11 pagi ini berhubung ikan paus itu yang ditemui masih hidup.

Kehadiran ikan paus itu mengejutkan penduduk di sini kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan mereka bersama-sama membantu anggota bomba dan penyelamat Miri menjalankan khidmat khas menyelamatkan ikan itu,katanya di sini hari ini.

Law berkata, anggota bomba  bersama dengan penduduk kampung menolak ikan paus itu ke kawasan lebih dalam.

“Setelah berjaya menolak ke tempat yang lebih dalam, ia membolehkan ikan paus tersebut berenang semula ke lautan,”katanya.

Beliau berkata operasi itu tamat kira-kira pukul 8.15 pagi ini. Bernama