Bomba naik feri padam kebakaran di Kampung Tambay

KOTA SAMARAHAN: Sebuah rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tambey, dekat sini lewat pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat insiden sekitar jam 11.49 pagi dan sebuah jentera serta ambulans EMRS digerakkan ke lokasi dengan kekuatan lapan anggota.

“Pasukan terpaksa menggunakan feri dan berjaya tiba di lokasi dalam tempoh 22 minit.

“Ketika pasukan tiba, api masih marak menjilat kediaman satu tingkat, jenis separuh kekal itu.

“Ia telah terbakar 80 peratus melibatkan anggaran keluasan 30 kaki x X20 kaki.

Kata Ling Hii, pasukan yang hadir kemudian mengambil masa 14 minit untuk mengawal kebakaran dan berjaya melakukan pemadaman sepenuhnya, dalam tempoh 19 minit.

“Siasatan awal mendapati tiada mangsa yang terlibat.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik bomba,” katanya lagi. – Sarawakvoice