Bernama dapat tangani berita tidak sahih – TPM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melabelkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi berita rasmi negara yang cukup berwibawa pada masa kini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Bernama, yang bakal menyambut ulang tahun ke-50 pada 22 Mei ini, berupaya menangani kemelut sumber berita tidak sahih.

Tahniah sambutan Bernama yang ke-50. Ketersohoran Bernama sebagai agensi berita rasmi nasional cukup ‘credible’ (wibawa) dalam kemelut sumber berita tak sahih, katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Bernama, sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967, mula beroperasi pada Mei 1968.