Assalamualaikum Ustazah ledakkan kugiran US Pacific Fleet Band

KUCHING: Kemampuan kugiran US Pacific Fleet Band mendendangkan lagu “Assalamualaikum Ustazah” mencipta tular di laman sosial, apabila ia dirakam oleh orang ramai yang menyaksikan persembahan tersebut di sekitar Kuching, Samarahan dan Bau.

Dinyanyikan dalam program Pacific Partnership 2017, mereka menyanyi lagu tersebut dalam setiap persembahan, termasuk di Plaza Merdeka, Unimas dan sewaktu sesi temu bual di Cats FM.

Persembahan mereka kemudian dirakamkan dan dimuat naik dalam youtube, hingga dikongsi banyak pihak.

Kumpulan ini merupakan sebahagian kecil daripada sebuah orkestra yang mengandungi 45 pemuzik.

Untuk lagu tersebut, mereka telah berlatih dengan gigih, termasuk memastikan sebutan lagu tersebut sehampir mungkin.