Kerajaan Zimbabwe: Ibu bapa boleh bayar yuran sekolah dengan kambing

HARARE: Ibu bapa di Zimbabwe dibenarkan membayar yuran pendidikan anak mereka menggunakan kambing atau keldai selain menggunakan wang.

Selain haiwan ternakan, ibu bapa juga diperbolehkan menggunakan tenaga empat kerat dengan bekerja untuk sekolah bagi membayar pembiayaan pendidikan anak mereka.

Sunday Mail, akhbar prokerajaan melaporkan, Menteri Pendidikan Zimbabwe Lazarus Dokora meminta pihak sekolah agar fleksibel dalam meminta ibu bapa menjelaskan yuran pembiayaan pendidikan sekolah anak mereka.

Minggu lepas, kerajaan membenarkan rakyat Zimbabwe diperbolehkan menggunakan haiwan ternakan sebagai jaminan bagi pinjaman dengan pihak bank.

Memetik BBC pada Rabu lepas, Lazarus berkata, “ibu bapa murid dapat membayar yuran menggunakan ternakan. Hal itu dilakukan di desa, tetapi di kota ibu bapa boleh membayar dengan cara lain seperti melakukan pekerjaan tertentu untuk pihak sekolah.”

Program penggunaan haiwan ternakan oleh kerajaan sebagai bentuk pembayaran, mendapat ejekan dan kemarahan rakyat.

Nilai setiap haiwan ternak yang tidak sama juga berpotensi menimbulkan masalah baru bagi program berkenaan.

Zimbabwe mengalami krisis kekurangan wang tunai sehingga menyebabkan rakyat terpaksa menunggu lama di bank ketika pihak bank menunggu stok pusingan wang tunai di bank masing-masing.

Hal ini disebabkan aliran wang tunai Zimbabwe banyak dibawa keluar dari negara tersebut, sementara kurangnya pelaburan yang masuk ke dalam negara.

Manakala, kadar pengangguran turut melonjak. – Sarawakvoice