Kejohanan Bola sepak Piala Dr. Haji Rosana bermula esok, 14 pasukan rebut kejuaraan

KABONG: Kejohanan Bola Sepak Piala Dr. Haji Rosana Bolhassan akan menyingkap tirainya esok (Jumaat, 21 April ) dengan 14 pasukan mengesahkan penyertaan dan bakal berentap sepanjang kejohanan.

Pasukan terbabit ialah:
1. Loy 69 Mangut FC
2. Pemuda Bersatu FC
3.Bersepai FC
4.Emplam FC
5.Medical Saratok FC
6.Fazzuan FC
7. FC Jingga
8.Popot FC
9.Village Warrior Paloh
10.Patella FC
11.Akal FC
12.Santana FC
13.RT Kampung Sessang FC
14. Perpat FC.

Untuk perlawanan pembukaan pada Jumaat yang akan bermula jam 4 petang, pasukan RT Kampung Sessang akan bertemu pasukan Popot C.

Taklimat akhir untuk pengurus pasukan terlibat

Manakala pada Sabtu, 22 April pasukan Fazzuan FC akan menentang Pemuda Bersatu FC.

Kejohanan yang akan berpusat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman itu akan dilangsungkan dengan format liga berkumpulan.

Penganjur kejohanan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Abang Leman akan mengenakan bayaran untuk tiket masuk menyaksikan perlawanan sebanyak RM1 untuk setiap penonton bagi mengisi dana tabung persatuan itu.

Penonton yang hadir menyaksikan perlawanan juga akan berpeluang memenangi hadiah dalam cabutan tiket bertuah yang akan dijalankan pada setiap kali perlawanan. – Sarawakvoice

Taklimat dikendalikan wakli pengelola, Haji Bujang Lee
Padang kejohanan, SK Abang Leman Kabong
Persiapan padang kejohanan