Geng Rantau samun sebelum Ramadan, bermewah sambut Aidilfitri!

GEORGE TOWN: Apa berkatnya dari segi agama, melakukan samun sebelum Ramadan kemudian menggunakan hasil jenayah tersebut untuk bermewah sambut Aidilfitri?

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang SAC Zainol Samah mendedahkan, kumpulan dikenali sebagai Geng Rantau dari negara jiran melakukan modus operandi itu di sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya Pulau Pinang.

Mereka dipercayai memasuki negara ini dua atau tiga bulan sebelum Ramadan.

Kumpulan terdiri daripada empat hingga enam lelaki berusia lingkungan 30-40-an.

Beberapa anggota kumpulan tersebut memasuki negara ini secara sah untuk bekerja sebagai buruh.

Gambar fail

Ketika itu, pada masa yang sama mereka memantau awal mangsa yang ingin disamun.

Sementara, rakan suspek yang lain kemudiannya masuk ke negara ini menggunakan laluan haram.

Memetik Bernama, Zainol selepas majlis dialog Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat dengan pegawai dan anggota JSJ Pulau Pinang berkata, kumpulan itu terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes samun.

Kes terbaru melibatkan pemilik kedai elektrik yang kerugian RM100,000 selepas rumahnya di Bukit Gambir dipecah masuk pada awal pagi Jumaat lalu.

Satu lagi kes pada Ahad lepas, melibatkan rumah peniaga di Sungai Ara disamun membabitkan kerugian RM25,000 pada Ahad lepas.

Zainol berkata, polis mengesan pergerakan anggota Geng Rantau dan percaya mereka masih berada di sekitar kawasan pulau di Pulau Pinang. – Sarawakvoice