Akhirnya SBC pasarkan produk S’wak, LitSara yang antimikrob, antiradang…

KUCHING: Produk LitSara merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Sarawak Biodiversity Centre (SBC) di Long Telingan, Lawas (Lun Bawang), Tanah Tinggi Bario (Kelabit) dan Kampung Kiding, Padawan (Bidayuh).

Nama LitSara diambil daripada pokok yang dikenali sebagai Litsea cubeba.

Kajian menunjukkan komponen minyak pati bersal daripada buah dan daun tumbuhan berkenaan mampu bertindak sebagai antimikrob, antiradang, menghalau serangga dan mencergaskan.

Foto Sarawak Biodiversity Centre

Menurut Pengerusi SBC, Tan Sri Datuk Amar Haji Morshidi Abdul Ghani pada Majlis Pelancaran Kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LitSara antara SBC dengan Pullman Hotel-Interhill Group pada Rabu, menyifatkan pengenalan produk LitSara ke dalam pasaran sebagai permulaan bermakna bagi SBC dalam menyokong pembangunan dan penyelidikan produk tempatan.

Morshidi berkata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg semasa melawat SBC di Semenggoh sebelum ini meminta SBC memberi fokus kepada usaha mengkomersialkan Litsea Cubeba yang boleh menghasilkan produk kosmetik minyak pati LitSara.

Menurut Abang Johari, usaha itu penting kerana komuniti pengguna di seluruh dunia berminat terhadap produk yang berasaskan organik dan mesra alam.

Memetik Utusan Sarawak, Morshidi memuji usaha Pullman Hotel dan Interhill Group tampil yang sanggup mengambil bahagian menjual set cenderahati LitSara, terdiri daripada produk penjagaan peribadi semula jadi kepada pelanggan mereka.

Bagi Morshidi, pengeluaran produk berkenaan sudah bersedia ke arah pengeluaran skala lebih besar.

SBC menurut Morshidi bekerja keras memastikan penyelidikan kondusif di Sarawak dan memastikan pengetahuan tradisional negeri ini usaha pemuliharaan  dan penggnaan lestari biodiversitinya diiktiraf.

Produk LitSara berpotensi memasuki pasaran Jepun atau Korea, wilayah yang memiliki permintaan tinggi bagi produk seumpama itu.

Produk kosmetik organik yang mesra alam dan berpotensi memasuki pasaran luar ini lebih mudah diakses melalui pelaksanaan e-dagang mampu memasuki pasaran lebih 30 bilion konsumer di seluruh dunia.