Pembunuh Facebook, akhirnya tembak diri sendiri di kepala

PENNSYLVANIA: Steve Stephens, suspek yang dijejaki polis selepas menembak mati seorang lelaki dan menyiarkannya secara langsung di Facebook, membunuh diri pada awal pagi Rabu.

Polis Pennsylvania perkembangan terkini  kes Stephens ke akaun Twitter mereka.

Steve Stephens, 37, menjadi buruan pihak berkuasa di seluruh Amerika Syarikat selepas video tersebut disiarkan melalui akaun Facebook miliknya.

Beliau mengaku  membunuh 15 mangsa dan sedang menambah jumlah mangsa sedia ada menjadi lebih ramai lagi.

Stephens berbangga menyiarkan secara langsung di Facebooknya beberapa penembakan yang dilakukannya yang mengorbankan mangsa.

Portal CNN melaporkan, orang awam mengenal pasti kenderaan milik Stephens di restoran makanan segera di daerah Erie, Pennsylvania, dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Berlaku adegan polis mengejar Stephens, namun penjenayah itu menembak diri sendiri di bahagian kepala. – Sarawakvoice