Abang Jo saksi MoU bina loji methanol di Tanjong Kidurong

KUALA LUMPUR: Yayasan Hartanah Bumiputera Sarawak petang tadi menandatangani persefahaman (MoU) dengan konsortium dari China, Huanqiu Contracting & Engineering Co. Ltd dan Macfeam Sdn. Bhd. untuk membina kompleks loji methanol berharga AS$800 juta di Tanjong Kidurong Bintulu.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hadir untuk menyaksikan perjanjian persefahaman itu di Hotel Ritz Carlton, dekat sini. – Sarawakvoice