Nombor telefon paling mahal di dunia

BEIJING: Nombor telefon yang unik dan istimewa sentiasa diburu oleh pengguna telefon.

Tetapi bukan tanpa harga.

Sama seperti nombor kereta yang unik dan signifikan, nombor telefon juga dapat menuai harga meledak terutama dalam kalangan penggemar nombor istimewa.

Apa lagi kalau nombor itu dipercayai membawa tuah.

Itulah yang berlaku di negara 1.3 bilion jiwa.

Bagi orang Cina, misalnya, angka lapan berbunyi seperti “makmur” dan dipercayai membawa keuntungan.

Nombor telefon sedemikian boleh mencapai harga puluhan ribu dolar Amerika di China.

Nombor telefon 18888888888 memecahkan rekod sebagai nombor telefon paling mahal di dunia setelah berhasil dilelong dengan harga 120 juta yuan atau sekitar RM77 ribu.

Asia One pada Isnin melaporkan nombor didaftarkan sebuah syarikat di Shantou, tetapi tidak diketahui siapa pemiliknya.

Pengguna  di negara di China sering membayar lebih mahal untuk nombor telefon dengan angka berulang atau nombor dengan maksud khusus seperti tarikh lahir dan nombor banyak angka lapan.  – Sarawakvoice