Mayat lelaki di padang ragbi Kuching gemparkan penduduk

KUCHING: Orang awam di sekitar Padang Ragbi Song Kheng Hai, dekat sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki, pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Superintendan Abang Ahmad Abang Julai, penemuan itu kemudian dilaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching sekitar jam 8.40 pagi.

“Siasatan awal kita kemudian mengenal pasti identiti mangsa sebagai Boon Voon Sing, 51 tahun daripada Flat Engkelili, KMC di Jalan Ban Hock dekat sini.

“Mangsa ditemui tidak bernyawa dengan terbaring di atas kerusi panjang di tempat duduk penonton di padang tersebut.

Kata Abang Ahmad, pemeriksaan lanjut tidak menemukan sebarang kesan kecederaan fizikal pada badan si mati.

“Terdapat beberapa biji pil dijumpai berdekatan tetapi disahkan sebagai pil vitamin dan makanan tambahan oleh pegawai paramedik Hospital Umum Sarawak.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik HUS untuk proses bedah siasat. – Sarawakvoice