26 calon rebut 18 jawatan AJK Pas hujung bulan ini

KUALA LUMPUR: Lembaga Pemilihan Pas Pusat hari ini mengisytiharkan  bahawa calon bagi jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden dan Pemeriksa Kira-kira adalah menang tanpa bertanding dan dengan itu tiada pemilihan bagi jawatan-jawatan tersebut sewaktu Muktamar PAS ke-63 yang akan diadakan di Alor Setar pada hujung bulan ini.

Setiausaha, Lembaga Pemilihan Pas Pusat Wan Rohimi Wan Daud dalam satu kenyataan berkata calon yang  sah bertanding bagi Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Sesi 2017-2019 adalah seperti berikut.

Pengerusi Tetap dimenangi tanpa bertanding oleh Hussin Bin Ismail, manakala timbalnnya ialah Kamal Bin Shaari, Ustaz .

Datuk Seri Abdul Hadi  Awang menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden, manakaka jawatan timbalan Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man.

Jawtan Pemeriksaan Kira-kira dimenangi tanpa bertanding oleh Najib Bin Mat dan Mat Syukor Bin Abd. Aziz.

Jawatan Naib Presiden akan menyaksikan empat tokoh berebut untuk tiga jawatan, iaitu Idris  Ahmad,  Datuk Mohd Amar  Abdullah,  Datuk Iskandar  Abdul  dan  Nasruddin  Hassan.

Muktamar  itu menurut pemerhati akan menjadi platform penting mencatur strategi untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bakal dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan, muktamar itu  disifatkan sebagai wadah terbaik  untuk meniupkan semangat dan motivasi untuk  ahli parti bekerja keras menghadapi PRU-14 khususnya dalam usaha merampas semula negeri tertentu termasuk Kedah.

Muktamar PAS akan berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei.

Tarikh ditetapkan untuk Muktamar Dewan Ulama adalah 28 April di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop, Muktamar Dewan Pemuda pada 27 hingga 28 April di Kompleks PAS Kedah dan Muktamar Dewan Muslimat juga pada 27 hingga 28 April di Pusat Pengajian Darul Hadis, Kampung Tok Keling di sini.

Sebanyak 26 orang calon akan merebut 18 tempat untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat.

1) Riduan Bin Mohd Noor, Dr. Hj.
2) Mohd Khairuddin Aman Razali, YB Dato’ Dr.
3) Mohd Nassuruddin Bin Daud, YB Dato’ Hj. 
4) Mohd Zuhdi Bin Marzuki, Dr. Hj.
5) Sallehen Bin Mukhyi, YB Ustaz Hj.
6) Razman Bin Zakaria, Hj. 
7) Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz Hj.
8) Rosni binti Adam, Dr. Hajjah, 
9) Mohamad Sanusi Bin Md. Nor, Hj. 
10) Mohd Fadzli Bin Hassan, YB Dato’ Dr. Hj.
11) Najihatussolehah Ahmad, Dr. Hajjah 
12) Mokhtar Bin Senik, Ustaz Hj. 
13) Abdullah Bin Hussin, YB Ustaz Hj. 
14) Muhtar Bin Suhaili As-Sarawaki
15) Zaharuddin Bin Muhammad, Ustaz Hj.
16) Norazli Musa, Ustaz Hj 
17) Zainal Abidin Kidam, Hj. 
18) Mohamad Noor Bin Mohamad, Hj.  
19) Mohd Fuad Bin Salleh, Dr.  
20) Halimah Bt. Ali, YB Dr.
21) Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi, Dr. 
22) Ahmad Bin Yahya, YB Ustaz 
23) Kamaruzzaman Bin Mohamad 
24) Misbahul Munir Masduki, Ustaz
25) Saiful Bahri Bin Mamat, YB Hj. 
26) Azman Bin Ibrahim, Dr.