Pesawat berpatah balik hangar demi cucu warga emas yang nazak di hospital

ABU DHABI: Becky Stephenson merupakan ejen perjalanan yang mengurus sepasang warga emas yang mahu melakukan perjalanan dari Lapangan Terbang Manchester menuju Australia melalui transit Abu Dhabi.

Pasangan tersebut pada akhir Mac lepas menaiki pesawat Etihad Airways milik syarikat penerbangan Emiriyah Arab Bersatu.

Mencerita semula kisah ini yang disiarkan The Star pada Ahad, Stephenson berkata, sepanjang 25 tahun terlibat dalam dunia penerbangan, ini kali pertama pesawat sanggup berpatah balik ke hangarnya demi penumpang.

Stephenson berkata, layanan luar biasa Etihad Airways sanggup berpatah balik apabila sepasang warga emas mengadu kepada kapten, mendapat tahu cucu mereka yang kritikal tiba-tiba dimasukkan ke hospital dan sedang nazak.

Stephenson menceritakan, kapten mendengar rintihan pasangan warga emas itu dan sanggup memutar balik hala pesawat ke Lapangan Terbang Manchester.

Stephenson berkata, “Ia seperti hal menyedihkan terjadi kepada pelanggan kami. Tapi Etihad berusaha membantu sedapat mungkin dan ia luar biasa.”

Sayangnya, cucu mereka meninggal pada hari berikutnya.

Sebelum itu, pasangan warga emas tersebut mematikan telefon selular mereka sehingga kemudian baru menyedari banyaknya panggilan dari menantu.

Kisah yang didiamkan dua minggu ini, apabila viral di media sosial, ia menyentuh hati banyak orang. – Sarawakvoice